Assallamu alaikum,
Allah SWT berfirman, “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain
Aku, tiada sekutu bagi-Ku dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku.
Barangsiapa yang tak rela dengan ketentuan-Ku, tidak sabar
terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku, dan tidak puas dengan
pemberian-Ku, maka hendaknya ia menyembah tuhan selain-Ku.
Barangsiapa yang sedih terhadap kehidupan dunianya,
seolah-olah dia sedang murka kepada-Ku. Siapa yang mengeluh atas suatu musibah,
bererti ia telah mengeluhkan kepada-Ku.
Siapa yang mendatangi orang kaya, lalu dia merendahkan diri
kerana kekayaannya, maka hilanglah dua pertiga agamanya.
Siapa yang memukul wajahnya kerana kematian seseorang,
seolah-olah ia telah mengambil tembok untuk memerangi-Ku. Siapa yang mematahkan
kayu di atas kubur, seolah-olah ia telah menghancurkah Ka'bah-Ku dengan
tangannya.
Siapa yang tak peduli dari mana ia mendapat makanan, maka
Allah juga tak peduli dari pintu mana ia akan dimasukkan ke neraka Jahanam.
Siapa yang tak bertambah agamanya, bererti ia merugi.
Sedangkan orang yang merugi, mati adalah lebih baik baginya.
Barangsiapa yang mengamalkan apa yang dia ketahui, maka
Allah akan mewariskan untuknya ilmu yang tidak ia ketahui. Serta siapa yang
panjang angan-angan, maka amalnya tidak akan ikhlas.”
(Hadis Qudsi)
Mencari redha Allah SWT, itulah jalan sebaik-baiknya. Apa pun juga liku-liku, payah, kesenangan,derita, kemiskinan itu semua ketentuan Nya. Yang pasti adakah Allah Redha dengan nikmah yang melimpah ruah yang diberikan atas kehendakNya itu kita syukuri atau kita pula yang mendabik dada...aku senang, berjaya kerana usaha gigih saya, saya, saya.....
Saya mengingati diri ini, Engkau carilah redha Nya...dalam apa juga ketentuan yang diberi. Ujian sudah pasti, ujian senang lenang didunia dan ujian kesusahan dan derita dalam kehidupan dunia. Kerana setiap dari kita didunia yang sementara ini diuji adalah pasti.
Jadi jiwa ini, engkau redha lah dengan apa juga ketentuan, kerana itu janji Allah.
Amin....


