Monday

Mardhatillah - Redha Allah.


Assallamu alaikum,


Allah SWT berfirman, “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Aku, tiada sekutu bagi-Ku dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku.

Barangsiapa yang tak rela dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku, dan tidak puas dengan pemberian-Ku, maka hendaknya ia menyembah tuhan selain-Ku.

Barangsiapa yang sedih terhadap kehidupan dunianya, seolah-olah dia sedang murka kepada-Ku. Siapa yang mengeluh atas suatu musibah, bererti ia telah mengeluhkan kepada-Ku.

Siapa yang mendatangi orang kaya, lalu dia merendahkan diri kerana kekayaannya, maka hilanglah dua pertiga agamanya.

Siapa yang memukul wajahnya kerana kematian seseorang, seolah-olah ia telah mengambil tembok untuk memerangi-Ku. Siapa yang mematahkan kayu di atas kubur, seolah-olah ia telah menghancurkah Ka'bah-Ku dengan tangannya.

Siapa yang tak peduli dari mana ia mendapat makanan, maka Allah juga tak peduli dari pintu mana ia akan dimasukkan ke neraka Jahanam.

Siapa yang tak bertambah agamanya, bererti ia merugi. Sedangkan orang yang merugi, mati adalah lebih baik baginya.


Barangsiapa yang mengamalkan apa yang dia ketahui, maka Allah akan mewariskan untuknya ilmu yang tidak ia ketahui. Serta siapa yang panjang angan-angan, maka amalnya tidak akan ikhlas.”
(Hadis Qudsi)

Mencari redha Allah SWT, itulah jalan sebaik-baiknya. Apa pun juga liku-liku, payah, kesenangan,derita, kemiskinan itu semua ketentuan Nya. Yang pasti adakah Allah Redha dengan nikmah yang melimpah ruah yang diberikan atas kehendakNya itu kita syukuri atau kita pula yang mendabik dada...aku senang, berjaya kerana usaha gigih saya, saya, saya.....

Saya mengingati diri ini, Engkau carilah redha Nya...dalam apa juga ketentuan yang diberi. Ujian sudah pasti, ujian senang lenang didunia dan ujian kesusahan dan derita dalam kehidupan dunia. Kerana setiap dari kita didunia yang sementara ini diuji adalah pasti.

Jadi jiwa ini, engkau redha lah dengan apa juga ketentuan, kerana itu janji Allah.
Amin....

Saturday

Nikmah Nya tiada bertepi...

Assallamu'alaikum;


Memang sukar bagi saya untuk menukilkan  nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya dan umumnya kepada semua kejadian. Tak tahulah kalau ada diantara kita yang berkeras mengatakan tiada nikmat bagi dirinya.

Kalau difikirkan dengan benar juga jika dilihat dengan matahati akan nikmat yang kurniakan kepada kita sendiri oleh Allah SWT …iaitu nikmat dilahirkan dan dapat hidup dibumi ciptaan Nya dan nanti pula bila setiap insan yang dijadikan untuk hidup didunia dapat pula menjadi seorang hamba Nya yang taat akan suruhan dan larangan Nya…disediakan pula syurga tempat yang kekal abadi..jauh lebih indah dari dunia ini.

Sesungguhnya  kita dipilih Allah Rabul Jalil untuk hidup didunia ini, sebagai hamba Nya. Bayangankan lah antara ribuan  benih bapa kita yang terpancar kedalam rahim ibu kita...benih yang satu ini menjadi "hero" di senyawakan dengan telur ibu. Bukankah ini begitu hebat nikmat yang diberikan....agar nanti terus ta'at dengan perintah Nya, beribadat seikhlas mungkin kepada Rabb nya. 

Kalau hidup didunia ini pun pelbagai rencam dan mehnahnya..buat ditempuhi menurut perintah dan tatacara yang ditunjukan oleh Allah SWT dan Rasul Nya. Jika bersabar dengan kesukaran bila dberi ujian dan rasa bersykur bila diberikan nikmat-nikmat yang melimpah. Inilah yang kita cari ....akan redha nya Allah SWT.

Sifat Allah Azza Wajalla yang "Maha Pemurah dan Maha Pengasih"  tiada terhitung akan nikmat yang telah diberikan Nya. Sesungguh -nya tidak terhitung oleh kita. Benarlah firman Allah berikut;


“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang” 
Surah An-Nahl, ayat 18


Namun nikmat dari Allah SWT ini seringkali terlepas dari ingatan kita. Malah adakala nya kita lupa akan nikmat yang sedang kita kecapi. Malah ada pula yang terus sombong dan angkuh dengan keberada'an nya. Ada yang bertegas dengan nada penuh takbur begitu angkuh dengan limpahan kesenangan hidup didunia kerana usaha dan kesungguhannya sendiri. Begitu sombong dengan sesama insan, malah sombong juga dengan Allah Azza Wajalla...kerana lupa yang memberi rezeki kesenangan didunia ini adalah Allah Azza Wajalla  atas sifat "Rahman" Nya.

Saya memohon kepada Allah ...supaya hamba mu ini sentiasa bersyukur akan nikmat yang diberikan selama saya bermusafir di- dunia milik Nya ini. "Alhamdulillah" ..terima kasih Allah.

Tetapkanlah Ya! Allah..agar diri ini terus istiqomah merafakan rasa syukur kepada Mu, akan nikmat yang telah Engkau berikan kepada saya, isteri saya, anak-anak saya dan cucu-cucu saya.... Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin...

Sunday

Tawakkal nya - Siti Hajar.

Assallamualaikum,




Saya amat sedar malah begitu tidak mampu,menjadi Siti Hajar.Siti Hajar insan pilihan buat diduga dan di-uji Allah Rabul Jalil..tabah nya Siti Hajar tiada tolok bandingnya.Sungguh beruntung engkau wahai ibuku Siti Hajar.Bermadu dan ditinggalkan sang suami dibumi yang gersang dengan anak kesayangan mu Ismail AS berdua tanpa apa-apa.

Namun begitu tabah engkau menghadapi itu semua, kerana tawakkal mu yang begitu tinggi letak darjatnya.Langsung engkau tahu duduk kejadian setelah suami mu Ibrahim AS membenarkan telahan mu. Ini semua kerana Allah Subhanahu Wata'ala.Tawakal mu kepada Allah Azza Wajalla menjadi penenang jiwa yang resah juga gelisah. Kerana kini engkau tahu bukan berdua namun ada Allah menjadi pelindung dalam duka dan lara.

Namun naluri ibu begitu segar mengalir dalam diri mu, sehingga engkau berlari-lari dari Safar ke Marwa buat mencari air untuk anak  kecil mu yang menangis haus. Tujuh kali engkau jejaki tanah-tanah batuan berbukit antara Safar dan Marwa tanpa rasa lelah buat mencari air untuk anak mu...begitu besar pengorbanan mu..wahai ibuku Siti Hajar.

Kisah dari Al Quran yang masih lagi segar dalam ingatan kita. Terlalu banyak pengajaran dari peristiwa ini yang dapat mengarap jalan kehidupan kita pada zaman yang begitu mencabar.Namun begitu berapa ramai juga yang tidak pernah mendengarnya.Malah kurang sekali yang mahu mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Kasih dan cinta seorang insan yang beriman terhadap Rabb nya dipamirkan dalam pelbagai kisah teladan sejak dijadikan alam semesta ini. Kisah cinta agung seorang ibu yang menempuhi ujian yang ditetapkan oleh Allah Rabul Jalil...

Keagungan seorang wanita juga ibu dalam menempuh jalan kehidupan. Namun Allah Subhanahu Wata'ala. yang "Maha Mengetahui" lebih tahu tujuan dan ujian Nya. Siti Hajar kini engkau diangkat darjat setinggi mungkin..kerana tawakkal nya kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka kita ditunjukan sifat yang mulia ini pada setiap kali, kita melakukan ibadah umrah atau haji.Begitu besar kenikmatan yang diberikan kepada Siti Hajar.Sifat tawakkal yang tinggi darjatnya juga perlakuannya ketika mula ditinggalkan Nabi Ibrahim AS menjadi rukun dalam ibadah Haji dan Umrah.

dari kecil lagi saya mendengar cerita tentang kisah Nabi Ibrahim AS mencari tuhan. Tak taulah saya sekarang ini masih ada dikalangan kita ibu dan bapa atau mungkin juga atok dan nenek yang berkesempatan menyampaikan cerita sebegini..wallah ualam.



Speak to people mildly (20:44)

Surah Taha, Verse 44 of the Quran provides a profound lesson on the power of gentle speech, even in the face of extreme arrogance and tyrann...