Muthma'innah atau jiwa yang tenang boleh diertikan sebagai bentuk ketenangan, tidak gelisah, tidak resah, tidak berteriak, tidak ada serabut atau kerusuhan atau tidak jiwa kacau.
Apa yang dimaksudkan dengan jiwa yang tenang atau Muthma'innah ?
Menurut Tafsir al-Maraghi, Muthma'innah adalah ketenangan jiwa setelah adanya kegoncangan. Maksudnya ialah ketetapan pada apa yang telah dipegang setelah menerima goncangan akibat paksaan.
Fakhrur Razy, ahli tafsir tersohor pernah menguraikan dalam “Tafsir Kabir”, bahawa jiwa (hati) manusia itu memang hanya satu, tetapi sifat-sifatnya banyak dan bermacam-macam. Apabila hati itu lebih condong kepada nilai-nilai Ketuhanan dan mengikuti petunjuk-petunjuk Ilahi, maka ia bernama nafs al Muthma'innah, jiwa yang tenang dan tenteram. Jika ia condong kepada hawa nafsu dan marah maka ia dinamakan ammarah bi assui' , iaitu hati yang dipenuhi oleh kejahatan.
Pengertian “jiwa tenang” adalah jiwa yang beriman dan tidak didatangi rasa takut dan duka hati. Muthma'innah, boleh diartikan sebagai jiwa yang ikhlas, yang yakin, yang beriman. Ibnu Abbas ra mengartikannya sebagai jiwa yang beriman. Imam Hasan, mendefinisikan sebagai jiwa yang beriman dan yakin.
Sedangkan Imam Mujahidin mengartikannya sebagai jiwa yang redha dengan ketentuan Allah yang tahu bahwa sesuatu yang menjadi bagiannya pasti akan datang kepadanya. Adapun Ibnu Atha mengartikannya sebagai Jiwa yang arif billah (mengenal Allah) yang tak sabar untuk berjumpa dengan Allah walau sekejap.
Di kalangan beberapa ulama merumuskan bahawa jiwa yang Muthma'innah' (tenang) itu ialah jiwa yang disinari oleh akal dan rasional. Jiwa yang tenang itu tumbuh kerana kemampuan menempatkan sesuatu kepada tempat yang dikuasainya, dan meletakkannya di atas dasar iman.
Dengan dasar iman, maka manusia akan menerima segala sesuatu yang dihadapinya, baik senang mahupun susah, baik menang mahupun kalah dan lain-lain dengan perasaan redha. Sekiranya seseorang manusia itu mendapat nikmat, berhasil, dan mencapai kejayaan, dia tidak melonjak-lonjak kerana kegirangan. Sebaliknya, jika mengalami bencana, muflis, kalah dalam perjuangan dan lain-lain, dia tidak berdukacita, apalagi berputus asa.
Dalam keadaan lain, mereka yang 'Muthma'innah', boleh mengawal diri dalam apa jua keadaan, berfikir secara waras, mampu mewujudkan keseimbangan dalam diri, hati tetap tenang dan tenteram. Jiwa yang tenang sentiasa redha menghadapi apa jua keadaan, juga sentiasa mendapat keredhaan Allah, sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, yang bermaksud:
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu, redhalah (kepada Allah) dan Allah redha kepadanya. Masuklah dan berkumpullah dengan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” al-Fajr (89): 27-28
Menurut al-Quran, jiwa yang tenang dijiwai dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada kebenaran, seperti yang terkandung dalam surah an-Nahl ayat 16. Dia juga mempunyai rasa aman, bebas daripada ketakutan dan kesedihan di dunia ini dan akhirat serta tenteram hati kerana sentiasa mengingati Allah. Apabila ini berlaku, pada dasarnya seseorang telah mencapai kemuncak kebahagiaannya.
Kata Muthma'innah, beberapa ahli mengatakan, boleh diambil dari kata tuma'ninah. Pengertian tuma'ninah bukanlah bererti diam, statik dan terhenti, kerana dalam tuma'ninah terdapat aktiviti yang disertai dengan perasaan tenang. Jika diperhatikan dinamika tuma'ninah dalam solat, ia mempunyai irama yang harmoni.
Kadang-kadang dia mengangkat tangan, berdiri tegak, membongkok, menegak semula, sujud dan duduk. Dinamik sebegini menggambarkan segala tingkah laku manusia yang sentiasa naik turun dalam melayari kehidupan. Jika istilah t}uma'ninah mempunyai makna yang statik dan tidak bergerak, bermakna jiwa manusia tidak akan berkembang yang pada dasarnya melanggar hukum logik perkembangan.
Ketenangan yang dirasai oleh individu itu berpunca kerana aktiviti yang dijalankan mengikut prosedur yang betul, tidak melanggar peraturan, dan tidak sedikit pun menunjukkan pengkhianatan. Sukar untuk diterima sekiranya individu itu aktif secara senyap sedangkan aktiviti yang dijalankan dilabelkan sebagai dosa dan maksiat. Jika perbuatan maksiat dan maksiat itu boleh menggembirakan atau pun menenangkan individu itu, maka sifatnya hanya seketika dan kemudiannya akan mengakibatkan penderitaan dan keresahan selama-lamanya.

No comments:
Post a Comment