Friday

Nota 1: Tazkiyat Al-Nafs - Menyucikan Jiwa Manusia.

Istiqomah Dalam Musafir Kita Menuju Jannah.

Tazkiyat Al-Nafs merupakan satu proses penyucian jiwa manusia yang perlu disempurnakan untuk mengembalikannya kepada asalnya yang suci dan bersih daripada kekotoran dan pencemaran rohani. Jiwa manusia pada asalnya berdasarkan fitrah (sifat) yang bersih dengan ilmu ketuhanan, keyakinan, dan sifat kemuliaan.

Tetapi pengaruh tertentu telah mencemarkan naluri bersih ini sehingga menjadi kotor dan perlu dibersihkan semula. Para Rasul diutus antara lain untuk melaksanakan tugas membersihkan jiwa manusia dan mengembalikannya kepada naluri asal ini. Ia adalah sebahagian daripada tugas kerasulan utama. Penulisan ini akan menjelaskan beberapa aspek jiwa manusia dan proses penyuciannya yang membolehkannya kembali kepada asalnya.

Akhlak sangat penting kepada kehidupan manusia kerana merupakan cerminan kepada akidah yang menjadi asas dan teras serta pokok pegangan seseorang manusia dalam beragama. Namun tingkahlaku dalam ertikata akhlak Islam ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kehadiran jiwa yang baik oleh sipelaku yang memerlukan pula usaha berterusan dari aspek psikologi (psychological effort) yang dalam terminologi Islam dinamakan sebagai Tazkiyah

Allah  berfirman:

A007

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);


A008

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -


A009

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),


A010

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Surah al-Shams 91 : 7-10.

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih (dhaka) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."

Surah al-Shams 91 : 7-10.

No comments:

Speak to people mildly (20:44)

Surah Taha, Verse 44 of the Quran provides a profound lesson on the power of gentle speech, even in the face of extreme arrogance and tyrann...