Istiqomah Dalam Musafir Kita Menuju Jannah
Hijab Yang Menghalang Manusia Mencapai Tujuan Penciptaannya
Terdapat banyak hijab yang menutupi jiwa manusia sehingga terhalang daripada mencapai hakikat `Ubudiyyah yang menjadi tujuan penciptaannya. Antara hijab itu ialah kejahilan, dosa, syaitan, sifat-sifat Basyariyyah, dan Kelalaian. Tudung-tudung ini sebenarnya sangat berkait rapat antara satu sama lain.
1-Hijab Jahiliah
Kejahilan adalah tabir bagi kebanyakan manusia. Orang yang berada dalam keadaan jahil adalah seperti orang yang berjalan dalam kegelapan. Kerana kejahilan, seseorang itu terhijab daripada Tuhannya sehingga dia tidak mengenali-Nya dengan pengenalan yang sebenar. Kerana kejahilan, seseorang itu terhijab daripada mengetahui perintah dan larangan tuhannya sehingga mengabaikan tuntutan agamanya dalam kehidupan di dunia ini. Kerana kejahilan, seseorang itu terhijab daripada mengetahui alam akhirat yang pasti akan dihadapinya sehingga tidak cukup membuat persiapan untuk tujuan tersebut.
Hijab jahiliyah adalah hijab pertama yang wajib ditanggalkan dari seseorang. Perintah dan kewajipan menuntut ilmu bagi setiap muslim ialah menanggalkan hijab jahiliyah ini. Rasulullah bersabda:
لَبُ الْعِلْمِ لَى لِّ لِمٍ
"Maksudnya: Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim."
Imam al-Ghazali telah meletakkan ilmu sebagai halangan pertama yang perlu dilalui oleh setiap orang yang ingin menjalani jalan agama dan mendekatkan diri kepada Allahﷻ. Penerangan mengenai perkara ini dapat dilihat dalam karya beliau Minhaj al-Abidin. (Cara orang yang beribadat) dan amalannya yang lain.

No comments:
Post a Comment