Showing posts with label #hidupdidunia. Show all posts
Showing posts with label #hidupdidunia. Show all posts

Saturday

Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan




Tentang kehidupan ini pula tidak mungkin ada dua manusia yang melalui jalan kehidupan yang serupa, begitu tidak mungkin sama kudrat diantara mereka termasuk jugalah akalnya.Setiap insan memiliki kekuatan sendiri, berlainan corak akalnya seperti berbezanya bentuk badan di-antara mereka. 

Ini biasa kita dengar, bukankah ada dikalangan kita berkata pada muka, pada suara dan pada derap kaki bila berjalan dapat kita mengenal orangnya. Malah ketika masih dalam rahim sudah dirasai oleh ibu-nya perbezaan antara anak yang dikandung dan seterusnya dilahirkan.

Kita pasti mengalami akan kebiasaan bila anak dilahirkan, akan mencucut jari nya. Tetapi perbezaan cara mencucutnya tidak sama dengan bayi-bayi yang lain. Demikian jugalah otak bayi itu berbeza pula. Maka otak yang berbeza akan membuahkan akal dan cara pemikiran yang berbeza pula. Otak, akal dan fikiran yang berbagai cara itulah yang menjadi pelita menempuh setiap peringkat kehidupan. 

Setiap pengalaman serta ilmu yang didapati sepanjang jalan kehidupan dari seumur bayi kemudian menjadi kanak-kanak seterus menempuh zaman remaja, kemudian menjadi dewasa dan seterus umur terus meningkat tua. Apa juga pengalaman, yang pahit mahu pun yang manis yang dirasai, serta ilmu yang dikutip sepanjang jalan kehidupan yang begitu tersimpan baik dalam kotak ingatan menjadi sandaran juga panduan bagi menempuh terus jalan kehidupan mendatang.  

"Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan."

"We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create." -  SirJoeBurn

Setiap orang adalah berbeza. Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama. Perjalanan kita tiada kaitan dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana kita mahu pergi.Daripada membandingkan hidup anda dengan kehidupan orang lain, lebih baik tanamkan tabiat dalam diri anda untuk membandingkan hidup diri anda sendiri.

Kehidupan diri anda dimasa kini dan kehidupan diri anda dimasa dahulu. Lihat sebanyak mana anda telah dewasa, apa pencapaian anda, dan perkara apakah yang telah kita buat setakat ini dalam mencapai matlamat hidup kita.

Siapa diri kita sekarang adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam proses membesar. Sentiasa belajar menjadi matang. Kerana kehidupan kita akan sentiasa berkembang.

Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan berguna pada suatu masa nanti.

"Learn from your mistakes and try again. Remember that it’s not over when you lose, it’s over when you quit." - SirJoeBurn

Kembangkan nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan kebaikan disekeliling kita. InsyaaAllah, ia akan menguatkan nilai positif dalam diri kita dan kita akan menjadi lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya.

Jadilah jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan.




Speak to people mildly (20:44)

Surah Taha, Verse 44 of the Quran provides a profound lesson on the power of gentle speech, even in the face of extreme arrogance and tyrann...