Saya amat sedar malah begitu tidak mampu,menjadi Siti Hajar.Siti Hajar insan pilihan buat diduga dan di-uji Allah Rabul Jalil..tabah nya Siti Hajar tiada tolok bandingnya.Sungguh beruntung engkau wahai ibuku Siti Hajar.Bermadu dan ditinggalkan sang suami dibumi yang gersang dengan anak kesayangan mu Ismail AS berdua tanpa apa-apa.
Namun begitu tabah engkau menghadapi itu semua, kerana tawakkal mu yang begitu tinggi letak darjatnya.Langsung engkau tahu duduk kejadian setelah suami mu Ibrahim AS membenarkan telahan mu. Ini semua kerana Allah Subhanahu Wata'ala.Tawakal mu kepada Allah Azza Wajalla menjadi penenang jiwa yang resah juga gelisah. Kerana kini engkau tahu bukan berdua namun ada Allah menjadi pelindung dalam duka dan lara.
Namun naluri ibu begitu segar mengalir dalam diri mu, sehingga engkau berlari-lari dari Safar ke Marwa buat mencari air untuk anak kecil mu yang menangis haus. Tujuh kali engkau jejaki tanah-tanah batuan berbukit antara Safar dan Marwa tanpa rasa lelah buat mencari air untuk anak mu...begitu besar pengorbanan mu..wahai ibuku Siti Hajar.
Kisah dari Al Quran yang masih lagi segar dalam ingatan kita. Terlalu banyak pengajaran dari peristiwa ini yang dapat mengarap jalan kehidupan kita pada zaman yang begitu mencabar.Namun begitu berapa ramai juga yang tidak pernah mendengarnya.Malah kurang sekali yang mahu mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Kasih dan cinta seorang insan yang beriman terhadap Rabb nya dipamirkan dalam pelbagai kisah teladan sejak dijadikan alam semesta ini. Kisah cinta agung seorang ibu yang menempuhi ujian yang ditetapkan oleh Allah Rabul Jalil...
Keagungan seorang wanita juga ibu dalam menempuh jalan kehidupan. Namun Allah Subhanahu Wata'ala. yang "Maha Mengetahui" lebih tahu tujuan dan ujian Nya. Siti Hajar kini engkau diangkat darjat setinggi mungkin..kerana tawakkal nya kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka kita ditunjukan sifat yang mulia ini pada setiap kali, kita melakukan ibadah umrah atau haji.Begitu besar kenikmatan yang diberikan kepada Siti Hajar.Sifat tawakkal yang tinggi darjatnya juga perlakuannya ketika mula ditinggalkan Nabi Ibrahim AS menjadi rukun dalam ibadah Haji dan Umrah.
dari kecil lagi saya mendengar cerita tentang kisah Nabi Ibrahim AS mencari tuhan. Tak taulah saya sekarang ini masih ada dikalangan kita ibu dan bapa atau mungkin juga atok dan nenek yang berkesempatan menyampaikan cerita sebegini..wallah ualam.
